Monday, 10 June 2019

Feedback daripada Pn. Zunita - Klang

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Kami tumpang gembira atas kemeriahan dan kemesraan yang terjalin dalam keluarga 
Puan Zunita Amjah dari Klang ketika meraikan hari lebaran di Tanjong Karang. 
Jasmine Homestay sentiasa berusaha untuk menyediakan suasana inap desa yang
 tenang dan nyaman sesuai bagi seisi keluarga. 






"Anda Selesa, Kami Bahagia"




Thursday, 6 June 2019

Feedback daripada Cik Sue Sekeluarga - Pelabuhan Klang

Terima kasih kepada Cik Sue dan keluarga kerana telah memilih Jasmine Homestay untuk penginapan sepanjang berada di Tanjong Karang. Kami mengalu-alukan kedatangan pihak Cik Sue dan keluarga dengan hati yang terbuka. Kami juga telah menerima feedback yang positif daripada mereka. 





Terima kasih sekali lagi buat Cik Sue dan keluarga. Tahun depan jemput datang lagi 😄


"Anda Selesa, Kami Bahagia"



Salam Aidilfitri daripada Jasmine Homestay

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Pihak Jasmine Homestay ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pelanggan yang pernah dan bakal menginap di Jasmine Homestay. Bersempena Hari Raya Aidilfitri, Jasmine Homestay telah siap berpagar demi memastikan keselamatan para pelanggan terus terjamin di samping menikmati kemeriahan suasana beraya bersama sanak saudara di desa tercinta. Kami juga telah menyediakan pembakar bbq di setiap unit homestay. Para pelanggan boleh menikmati suasana penginapan yang lebih tenang dan "privacy" di Jasmine Homestay. 

Terima kasih.





"Anda Selesa Kami Bahagia"