Monday, 25 December 2017

Ingin menikmati kesegaran ikan sembilang dan udang galah Tanjong Karang?

Peluang terbaik bagi penginap Jasmine Homestay yang 'kaki pancing'! 

Anda boleh menghilangkan 'gian' dengan menaiki bot untuk memancing sembilang atau udang galah menyusuri Sungai Tanjong Karang pada waktu malam. Nikmatilah suasana malam yang nyaman dan hening di Jasmine Homestay.





"Anda Selesa Kami Bahagia"




Tuesday, 19 December 2017

Feedback dari En. Rohslan - Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kami ucapkan kepada En. Rohslan dan keluarga dari Marang, Terengganu kerana memilih Jasmine Homestay untuk menginap ketika di Tanjong Karang, Selangor. Kami mengalu-alukan kedatangan En. Rohslan sekeluarga dengan hati yang terbuka. 


"Anda Selesa Kami Bahagia"


Sunday, 29 October 2017

Feedback dari Puan Faizah-Seremban

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Faizah dan keluarga dari Seremban kerana memilih Jasmine Homestay. Kami mengalu-alukan kedatangan Puan Faizah sekeluarga dengan hati yang terbuka. 



InsyaAllah pihak kami akan mengambil inisiatif untuk menambahbaik Jasmine Homestay.

"Anda Selesa Kami Bahagia"

Sunday, 15 October 2017

Update - Lampu Jalan

Assalamualaikum dan selamat petang! 

Jasmine Homestay kini mempunyai persekitaran rumah yang cerah pada waktu malam diterangi dengan lampu jalan. Jasmine Homestay akan terus mengutamakan keselesaan dan keselamatan penginap yang budiman.


"Anda Selesa Kami Bahagia"

Friday, 13 October 2017

Feedback dari En.Azad-Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kami ucapkan kepada En. Azad dan keluarga dari Ipoh kerana memilih Jasmine Homestay. Kami mengalu-alukan kedatangan En. Azad sekeluarga dengan hati yang terbuka. 



"Anda Selesa Kami Bahagia"


Thursday, 31 August 2017

Welcome to Jasmine Homestay!!

Jasmine Homestay menawarkan penginapan yang amat selesa kepada para pengunjung bagi
menghadiri majlis mahupun bercuti bersama-sama keluarga. Homestay ini terletak di Lot 19227-A & Lot 19227-B Lorong Melati, Jalan Bomba, Sungai Kajang Baru, 45500 Tanjong Karang, Selangor. Terdapat dua unit penginapan (semi-D) bagi Jasmine Homestay dan setiap unit mempunyai 3 bilik.

Antara kemudahan yang disediakan di Jasmine Homestay :

- 3 bilik tidur (semua bilik berhawa dingin dan berkipas)
- Kesemua bilik dilengkapi dengan katil "queen"
- Toto dan bantal tambahan disediakan
- 2 bilik air (satu di dalam bilik tidur utama & satu di ruang dapur)
- Ruang tamu (dilengkapi dengan set sofa dan tv)
- Ruang dapur (dilengkapi dengan dapur memasak, peti sejuk, rice cooker, jug kettle, dsb)
- Seterika dan iron board
- Set meja makan (6-8 orang)
- Set meja taman
- Alat bbq disediakan
- Persekitaran yang luas untuk memudahkan parking
- Keluasan dalam rumah yang selesa (1000 sf)
- Berpagar










Harga bagi setiap unit penginapan:
- RM 200.00 sehari semalaman
- Bayaran deposit RM 50.00 untuk semalaman bagi sebuah rumah (deposit tidak akan dikembalikan sekiranya tempahan dibatalkan)

*Bayaran deposit dan sewa perlu dibank-in kan selepas pengesahan dibuat.
*Penyewa bertanggungjawab terhadap semua peralatan/barang kemudahan yang disediakan. Sebarang KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN, pihak pengurusan akan menuntut GANTI RUGI daripada penyewa.


Kemudahan-kemudahan & tempat menarik yang berhampiran :

- Pekan Tanjung Karang (pasar malam - Ahad malam Isnin, pasar pagi - Isnin & pasar basah/segar - setiap hari pagi dan petang)
- 7 Eleven, KFC, Satay Hut dll
- Kuala Selangor - 17km
- Sekinchan - 13km
- Masjid Raudah - 2km
- Hospital Tanjong Karang -2.7km
- Pekan Tanjong Karang (Dobi, ATM, dll) - 2km
- Balai Polis Tanjong Karang - 1.5km
- Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian - 1.7km
- Pusat Pembangunan Profesionalisme UKM - 850m
- Institut Pengurusan Peladang - 1km
- D'Rimba Shellout - 1.2km
- Melati Steak Cafe - 30m
- Warung Ibu Nasi Ambeng Sungai Gulang-Gulang - 7km (12 min)
- Warung Soto & Pecal Pasir Penambang -14km (16 min)
- Cendol Durian Borhan - 11km (14 min)
- Pelbagai bagan, pasar nelayan & tempat pendaratan ikan
- Gerai-gerai makan di sekitar

*Perkhidmatan ronda-ronda keliling kampung & tepi pantai dengan menaiki "Gledekan" (atas permintaan)






Pantai Redang, Sekinchan (16km/20min)


Untuk tempahan atau pertanyaan sila hubungi :
- 019-9805353 - Kak Mi (Whatsapp sahaja)
- 019-3655424 - Mahadi (Whatsapp & Call)